seperti yang lala janji kan lala masuk kan cerita nih..hehehe hope korang enjoy...!!
PART 1
MANNIS!
Petang itu, air hujan sudah mula merintik-rintik menyebabkan
Arman terpaksa berteduh dibawah pondok bas yang lama dan kecil itu, dia
menyandarkan basikalnya di tiang pondok itu. Dia menepuk-nepuk beg sekolahnya
yang terkena air hujan sambil melihat air hujun yang semakin lebat membasahi
jalan di depannya, tiba-tiba matanya terpaku kearah seorang budak perempuan
yang berlari anak menuju kearah pondok yang mana dia sedang berteduh. Lama dia
merenung gadis itu, seketika kemudian dia terus baringkan tubuhnya ditempat
duduk.
“Maaf tempat dah penuh.”katanya lalu menutupkan mukanya dengan topi.
Gadis itu memandangnya dengan wajah yang sayu. Arman bingkas bangun apabila
tidak mendengar sebarang tindak balas daripada gadis itu, namun gadis itu sudah
tiada di pondok itu seraya itu juga dia mencari bayangan gadis itu dan dia
melihat gadis itu berjalan dalam hujan yang makin lebat itu. Timbul rasa
bersalah dalam hati Arman namun akhirnya dia tersenyum.
***
“Oi..jaga-jaga!” Anis terjatuh ke belakang apabila sebiji bola
menyinggah tepat ke mukanya. Dia memandang dua tiga orang kawannya yang tertawa
melihatnya.
“Sory-sory..”Anis melihat senyuman sinis Arman yang mengucapkan
kata maaf yang tak berapa ikhlas itu. Dia tahu Arman sengaja membaling bola itu
kepadanya. Arman terkedu apabila melihat air mata Anis yang berlinangan di
kelopak matanya jatuh ke pipinya dan serentak itu juga Anis bingkas bangun dan
berlari cuba meninggalkan padang itu namun Dian telah menarik tangannya dan
menatap muka gadis itu. Seminit kemudian dia mengeluarkan sehelai sapu tangan
dari poket seluarnya lalu dilapnya pipi gadis itu.
Anis yang terkesima dengan perbuatan Dian hanya mampu mendiamkan
diri manakala Arman pula terdiam dan di dalam hatinya tiba-tiba muncul satu
perasaan tidak pasti.
“Ok. Dah tak apa-apa dah.” Dian tersenyum sambil mencubit pipi
gadis itu. “Dah jom kita main balik.” Kata Dian sambil mengambil bola ditangan
Arman.
“Hei Anis, bangganya aku kalau jadi kau. Tuh Dian kan. Budak
baru kelas sebelah yang pendiam tuh kan. Huh first time aku dengar dia
bercakap, dengan kau pulak tuh.” Kata Suraya sambil memeluk bahu Anis. Anis
hanya tersenyum manis sambil melihat kawan baiknya itu.
“Ah, cemburunya aku!” Suraya masih tidak berpuas hati melihat
reaksi kawannya itu. Seketika kemudian dia juga tertawa melihat senyuman
kawannya itu.
“Macam ni lah kawan aku.” Suraya mencubit pipi mulus Anis.
Kekadang dia juga merasa marah dengan sikap Arman dan rakan-rakan lain yang
selalu membuli Anis tanpa sebab.
Tanpa mereka sedar Arman merenung tajam melihat senyuman gadis
itu.
**
“Oi!” Arman menyepak perlahan kerusi Dian. Namun tidak sedikit pun
Dian mengangkat kepalanya untuk melihat orang yang menyepak kerusinya itu.
Arman melihat dua tiga orang pelajar 4H memandangnya lalu dia menyepak meja
Dian pula.
“Hei, Arman kan, Kelas 4A. Kenapa ni, datang ke kelas kitorang
tak bagi salam terus sepak kerusi meja ni?. Kalau nak gaduh jangan dalam kelas
ni.” Ariff Ketua Kelas 4H yang duduk
dihadapan Dian menjongket kaki kerusinya kebelakang sambil mendongak memandang
Arman sambil tersenyum. Seraya itu juga, Farok kawan Arman menarik koler baju
Ariff sambil tangan kirinya menggemgam penumbuk ditunjukkan ke wajah Ariff.
“Oh, kidal.” Ariff tersenyum. Tiada sedikit pun gentar pada reaksinya
itu.
“Oioi…jangan gaduh dalam kelas ni. Lihat lah keadaan pun kalau
nak gaduh. Kalau guru disiplin datang korang lah yang bersalah sebab ini kan
kelas kitorang bukan kelas korang.” Arill kembar Ariff yang duduk di meja
sebelahnya bersuara sambil mata nya tidak lari daripada buku yang dibacanya
sejak tadi. Melihat Arill, Farok melepaskan tangannya perlahan daripada koler
baju Ariff.
‘Bijak gak budak ni.’ Muzir tersenyum mendengar kata-kata Arill.
“Sudah lah Arman.” Muzir bersuara akhirnya. Arman menendang meja Dian sekali
lagi tapi kali ini dengan kuatnya menyebabkan Ariff bangun menolak bahu Arman.
Arman datang kearah Ariff dan terus menarik tali lehernya dan tanpa dia sedar
kayu pembaris panjang Arill sudah pun menyinggah hampir mengena batang lehernya.
Farok dan Muzir terkejut dan tak sempat berbuat apa-apa.
“Petang ni kat padang permainan Taman Anggerik.” Arill dan Ariff
berkata serentak.
“O.k.” Arman melepaskan tali leher Ariff perlahan. Ariff dan
Arill tersenyum sinis sambil menoleh kearah Muzir dan Farok.
***
“Oioioi…apsal bawak kayu besbol ni?” Arill dan Ariff bertanya
serentak.
“Ah, buat-buat tanya pulak!” marah Farok.
“Korang nak gaduh ke?” Arill dan Ariff bertanya lagi.
“Dah tuh korang ingat apa?!” nada Farok bertambah tinggi. Mata
Arman tak lepas daripada memandang Dian yang memandang kiri dan kanannya.
“Ramai kumpulan kau. Lemah ke atau takut sampai bawak budak
perempuan sekali?” tanya Muzir.
“Betul ke nak gaduh ni?.” Dian memandang Arill dan Ariff. “Bukan
ke korang ajak aku bincang pasal kertas matametik ni kan tadi?” Ariff mengetuk
kepalanya sendiri sambil mengeluh lalu dia pun membisikkan sesuatu ke telinga
Dian.
“Apa?. Bila masa pulak diorang datang?. Aku tak perasan pun.”
Kata-kata Dian mengejutkan Arman dan kawan-kawannya.
“Oi, macam mana kau nak perasan kau kan tido mati time diorang
datang tadi.” Arill bersuara lantang. “Hurmm..sekarang ni pulak kita salah
faham ke atau diorang yang salah faham ni?” Arill merungut seorang dirinya.
“Hei, korang nak gaduh ke tak ni?.” Muzir bertanya selepas
memerhati mata Arman yang tak lepas daripada muka Dian.
“Hahaha…gaduh?. Berbalik balik pada soalan kau tadi. Apsal
kitorang punya team ramai sekali, lemah atau takut sampai bawak budak perempuan
sekali kan, sebab ini.” Ariff menunjukkan sebiji bola.
“Buat apa bola tuh?.” Tanya Farok hairan.
“Soalan kau tuh ada sedikit pelik. Diorang ni kata kat aku tadi
yang korang datang ke kelas aku sepak meja aku time aku tido sebab tak berpuas
hati kalah dalam main bola pagi tadi, jadi diorang ajak korang lawan kat sini
sekali lagi tapi kenapa korang cakap pasal ‘gaduh’ pulak ni?.” Kata Dian sambil
menumpang dagunya.
Arman memandang Arill dan Ariff yang tersenyum sinis, dia sedar
yang dia sudah dipermainkan oleh adik-beradik kembar itu.
“Budak baru.” Arman menunding jarinya ke arah Dian dengan wajah
yang serius.
“Ha, ye saya!” Kata Dian tiba-tiba apabila Arman menunjuk
kearahnya.
“Oioioi…Dian ini bukan dalam kelas.” Tegur Arill.
“Kau berangan lagi ya!”Kata Ariff sambil tertawa diikuti Arill
dan Dian sendiri.
Arman dan kawan-kawannya berlalu tanpa menghiraukan mereka
bertiga.
“Hoi, korang kata ada game, mana?.” Tanya seorang pelajar.
“Yelah. Tak ada pun.” Kata seorang lagi.
“Game hari ni batal sebab diorang tak cukup orang hehehe!”Kata
Arill dan Ariff serentak sambil tertawa.
******
“Dian kau memang selalu bawak bekal ke sekolah ke?” Ariff
memandang bekal ditangan Dian.
“A’ah..kenapa? sekolah ni tak boleh bawak bekal ke?” Dian
memandang bekalnya.
“Eh tak lah. Cuma jarang dah orang nak bawak bekal-bekal ni. Mak
kau masak ke?” Ariff bertanya lagi sambil melihat kiri dan kanan untuk melihat
mana-mana tempat kosong di kantin sekolah itu.
“Aku masak sendiri.” Dian menunjuk kearah satu meja kosong di
hujung sudut kantin.
“Biar betol!” Ariff tidak
percaya.
“Apa yang tidak betol?” tanya Arill yang baru sampai sambil
membawa sepinggan nasi goring dan secawan air sirap.
“Kau tahu Dian buat bekal sendiri.” Jelas Ariff.
“Hahaha..tak percaya aku.” Kata Arill sambil duduk di kerusi
sebelah Ariff.
“La..tak percaya pulak..nak rasa?” kata Dian sambil membuka
bekalnya.
“Boleh ke?” jawab Ariff dan Arill serentak. Dian menolak
menunjukkan bekalnya sambil meanggukkan
kepalanya. Aril mengambil sudu yang dihulur Dian kemudian dia menjamah
sesudu bekal Dian dan tiba-tiba dia diam.
“Eh..tak sedap ke?” Dian meminta reaksi dari Arill tapi budak
itu hanya diam. Melihat reaksi Arill, Ariff mencuba sesudu juga dan dia juga
terdiam. Dia memandang Arill.
“Dian nah kau makan nasi kitorang ni ye.” Kata mereka serentak.
“Eh..apsal pulak?” Dian cuba merampas kembali bekalnya.
“Bekal kau ni sedap lah. Bagi la kat kitorang.” Melihat reaksi
pasangan kembar tuh Dian akur sahaja.
“Ha makanlah. Korang ni makan kongsi-kongsi ni cukup ke?” Dian
memandang pasangan kembar itu sambil menjamah nasi goring yang dibeli Arill
tadi.
“Itulah nikmat..cukup tau..”Jawab Ariff. Arill hanya mengangguk
menyetujui kata-kata kembarnya.
“Hurm…ye lah tuh.” Balas Dian sambil memandang kearah seorang
budak perempuan yang menjaga air di kuanter kantin itu.
“Apsal kau pandang budak tu?”tanya Ariff.
“Dia comel kan?” tanya Arill. Dian hanya mengangguk.
Gang….!!!
Arill, Ariff dan Dian serentak memandang kearah beberapa orang
pelajar yang mengerumuni seorang pelajar yang jatuh pengsan.
“Anis..Anis…bangun lah..!” dengar suara itu Ariff dan Arill
berlari ingin tahu manakala Dian hanya berjalan perlahan sambil memerhati
beberapa pelajar yang berteriak memanggil cikgu.
“Bangun Anis..bangun!”Muka Arman tampak cemas sambil memangku
kepala Anis manakala Suraya sudah menangis melihat keadaan Anis.
“Hoi relax la!” seorang budak lelaki memakai cermin mata
mengeluarkan sehelai sapu tangan dan menyapu darah yang mengalir di dahi Anis.
“Dia tak apa-apa cuma luka sikit jer.” Sambung budak itu.
“Tapi darah banyak keluar ni?” Arman memandang budak lelaki itu.
“Darah dia tak banyak yang keluar yang banyak itu adalah air
sirap yang tumpah kat dahi dia..” kemudian budak itu bangun sambil memandang
sekeliling.
“Jangan risau dia cuma pengsan sebab penat sangat.” Budak itu
memandang Dian kemudian dia berlalu pergi.
“Oioioi…” Arill berlari mengejar budak lelaki itu diikuti Ariff
tetapi tidak Dian.
“Arman, bawa Anis ke bilik sakit.” Muzir mengarah Arman. Arman
akur dengan arahan kawannya itu. Walaupun waktu itu dia bingung bagaimana budak
yang tak pernah keluar daripada perpustakaan itu boleh berada di kantin. Arman
mendukung Anis yang turut dibantu Suraya ke bilik sakit.
***
“Buat apa korang ajak aku ke perpustakaan ni?” tanya Dian sambil
memandang dua tiga pelajar yang sedang membaca buku.
“Nanti kau tahu.” Kata Ariff.
Tiba-tiba Arill dan Ariff berhenti di sebuah meja yang mana
terdapat seorang pelajar memakai cermin mata duduk di situ. Dian memandang
budak itu yang hanya memandang bukunya tanpa mempedulikan kehadiran mereka.
“Oi..” sapa Arill.Budak hanya mendiamkan diri. Arill tersenyum
terus duduk disebelah budak itu sambil memandang Ariff yang telah lama duduk
dihadapan budak itu. Ariff memandang Dian yang masih berdiri kemudian dia
menarik tangan Dian supaya duduk diseblehnya. Dian mengambil sebiji buku
dihadapan budak it uterus duduk sambil membaca buku itu.
‘Ah…budak ini kenapa baca kamus pulak..’ Dian merungut dalam
hatinya,terasa menyesal dia mengapai buku itu sambil melirik ke muka budak
dihadapannya yang tersenyum sinis. Nampaknya budak itu tidak focus dalam
bacaannya tapi sengaja buat-buat focus. Dian mengagak keadaan budak itu.
“Dian, ini Khai. Budak sekelas kita jugak tapi tak pernah nak
masuk kelas kecuali time exam je.” Arill memulakan bicara.
“Dia ni duduk kat meja kosong kat sebelah meja kau tuh.” Sambung
Ariff.
“Ohh…saya Dian. Budak baru.” Dian menghulurkan tangannya. Namun
budak itu hanya balas dengan senyuman sinis. Dian menarik tangannya kembali.
“Oioi…tak sopan buat macam tuh.” Arill menarilk telinga Khai.
“Sakit lah.” Arill tertawa melihat Khai menggosok telinganya
yang merah ditarik olehnya.
“Korang nak apa datang sini lagi?” Khai mengambil kamus ditangan
Dian.
“Aku nak tanya kau dah dapat maklumat yang kitorang nak tuh?”
Arill meletakkan lengannya ke bahu Khai.
“Oh, pasal tuh..jap..kau boleh tak jangan terlalu mesra ngan
aku..aku ni musuh kau tau!” Khai menolak lengan Arill. Arill hanya tertawa
melihat reaksi Khai.
“Si Anis ngan Arman tuh pernah jadi kawan sepermainan sejak dari
kecil tapi hubungan diorang renggang disebabkan pernah cuba nak merogol dia.”
Khai memandang reaksi Arill dan dua orang yang duduk didepannya.
“Me..ro..gol…”Ariff dan Dian berpandangan sesama sendiri.
“Hei…kau biar betul ni. Mustahil budak tuh nak buat macam tuh.”
Khai hanya mengangguk perlahan mengiyakan kata-kata Arill.
“Aku tak percaya. Memang lah nampak Arman tuh macam budak jahat
tapi..” Dian teragak-agak untuk meneruskan kata-katanya.
“Tapi aku pun tak percaya sebab cuba kau tengok tadi betapa
budak tuh take care akan si Anis tuh.” Ariff memandang Khai. “Dan kau macam
mana kau boleh berada kat situ bukan kau tak boleh keluar dari sini ke?” Khai
menunduk mendengar pertanyaan Ariff.
“Dah tuh kalau aku lapar pun aku kena tahan gak ke?” Khai
membalas soalan Ariff dengan persoalan darinya balik.
“Oh..jadi kau kat sana hanyalah sebab kebetulan kau laparlah.”
Arill tertawa sendiri diikuti Ariff.
“Ye lah..dah tuh korang ingat apa?” Khai membuka kamus yang
diambilnya dari Dian tadi.
“La kenapa tak cakap. Nanti lain kali makan la ngan kitorang,
kita kan rakan sekelas.” Arill kembali meletakkan lengannya ke bahu Khai.
“Aku ni musuh kau!” Khai mengepit leher Arill.
“Aduh..aduh sakit lah!” Arill cuba melepaskan diri.
“Syuhhhhh!” seorang pelajar perempuan yang duduk di kerusi yang
membelakangkan Dian dan Ariff memberi mereka isyarat menyuruh mereka diam.
“Ah..ma..af…”terkedu Ariff dan Dian apabila melihat budak
perempuan itu merebahkan kepalanya ke meja terus tidur selepas memberi isyarat
diam. Khai mejelirkan lidahnya kearah budak perempuan itu sambil melepaskan
leher Arill.
“Tak payah heran. Budak tuh memang selalu datang sini
semata-mata tuk tidur je. Aku sendiri tak tahu dia dari kelas mana.” Jelas Khai
sambil mencari sesuatu dalam kamus didepannya.
“Oioioi…macam mana kau nak tahu dia tuh dari kelas mana, kau
sendiri pun tak pernah ke kelas.” Perli Arill sambil mencebik kearah Khai.
“Aku ada sebab kenapa tak boleh ke kelas bukan saja-saja.
Hurm..kembali kepada topik tadi. Sebenarnya ada salah faham. Masa tuh Anis
balik dari sekolah tapi ada orang yang culik dia nak rogol dia tapi Arman yang
ternampak cuba nak selamatkan Anis tapi Anis yang pengsan menyangka Arman yang
nak rogol dia.” Jelas Khai.
“Eh, mana kau tahu hal ni?” Ariff membuat reaksi pelik.
“Nah…”Khai menunjukkan sekeping kertas yang di jumpai daripada
kamus.
Lebih baik kau ke kantin hari ni….ada peristiwa yang
menarik pasti kau berminat…^_^
c
“Wah..sapa bagi kau ni?” tanya Arill.
“Aku pun tak tahu. Aku ingat dia ni.” Khai memuncungan mulutnya
kearah Dian.
“Tapi aku tahu bukan dia sebab dia baru jer masuk sekolah ni.
Tentang kisah yang aku tahu ni, aku pun pelik masa korang tanya aku hari tuh,
aku pun try la cari maklumat diorang ni, tapi bila balik sekolah aku dapat
surat dari mak. Mak aku cakap ada kawan sekolah yang bagi, aku pelik sapa bagi.
Nah sebagai bukti.” Khai menunjukkan sekeping surat. Arill membuka dan membaca
isi surat itu.
Salam.. ^_^
Aku dengar citer kau ngah mencari maklumat tentang
Arman dan Anis budak kelas 4A kan. >_<
Maklumat yang kau dapat tuh tak cukup lengkap lagi
kan. =_=
Kau pasti dia
nak ro gol dak uh?????
@_@
Aku adalah saksi kejadian… ^_^
Percaya atau tak ikut suka lah…yang penting aku dah
bagi tahu.. +_+
Aku akan bagi klu tuk tolong kau..
“c pnyelmt mnjadi mgsa keadaan.”
Hurm..berbaik-baik lah ngan 2 orang kembar dan
seorang yang bakal masuk kelas kau nanti..
Bye2 Khai… !_!
c
“Wah macam mana dia tahu pasal kitorang pasti akan tanya kat kau
dan macam mana dia tahu kau tengah cari maklumat ni?” Arill bertanya pelik.
“Jangan tanya aku. Aku sendiri tak tahu, yang pasti ia daripada
orang yang sama dan aku dapat surat ni sebelum Dian masuk sekolah ni lagi.”
Jelas Khai.
“Ye siapa dia ye. Macam mana dia tahu tentang aku sedangkan aku
tak masuk lagi.”Dian termenung memikir siapa gerangan penulis surat itu.
“Ariff apsal ngan kau nih?. Masih tak puas hati lagi ngan surat
tu?” tanya Arill sambil melihat Ariff yang merenung surat itu.
“Khai bagi aku nota yang
kau dapat tadi.” Khai menghulurkan nota yang dia dapat tadi kepada Ariff.
“Jap-jap…cuba korang tengok ni.” Ariff mengeluarkan sesuatu dari poket
seluarnya.
Kau harus mencari seseorang yang akan bantu kau… ^_^
Klu
Perpustakaan-tengah2-sekelas-pelik-
Gud luck
C
“Ah..baru aku ingat pagi tadi aku pun aku dapat arahan.” Arill
mencari sesuatu dari dalam poket seluarnya begitu juga Dian.
Kebenaran ada di kantin! ^_^
C
“Ini.. aku dapat ini bawah meja aku.” Dian menghulurkan nota
yang dia dapat.
Marah sebab tak kenal aku?
Aku ada disana…opss di kantin…^_^
c
“Maksudnya kita semua dapat nota dari orang yang sama yang
menyuruh kita ke kantin pagi nih.”
Ariff membelek-belek nota
didepannya satu persatu.
“Kejap…hoi…aku nak tanya korang satu soalan…korang just dapat
nota ni jer ke?” Khai memandang satu-persatu muka dimejanya.
“Masa aku balik sekolah hari pertama aku kat sekolah ni aku ada
dapat nota yang berterbangan kearah aku tapi nota tuh aku buang sebab aku ingat
sampah.” Khai terkejut mendengar kata-kata Dian.
“Dia tulis apa?” Khai beria ingin tahu.
“Dia tulis aku mahu kau jadi kawan aku..bantu aku..aku akan hantar
kan klu.” Dian menjawab perlahan.
“Aku dan Arill dapat ni.” Ariff menghulurkan satu nota.
Salam..Hai si kembar yang lurus… ^_^
Aku nak minta tolong boleh…jaga si lembap dan si
pemarah tuk aku..
Bila si kembar lurus dah jumpa si pemarah dan si diam
ajak lah diorang jadi partner kumpulan High Dream Club yer..
Pas tuh tolong selesai kan masalah si hilang ingatan
dan si penyalamat yang kesian.
Bila dah selasai nanti aku si pemberi maklumat akan
kenalkan diri aku..
Bye2…^_^..
“Wah..maksudnya aku si pemarah..!! bila aku kenal dia ni aku
akan cekik-cekik dia.” marah Khai
selepas memandang Dian yang hanya diam.
“Alah…memang sesuai pun..”Perli Arill sambil mencebik kearah
Khai.
“Jadi sekarang?” Dian bertanya.
“Aku tak setuju tuk berkumpulan ngan korang. Aku hanya buat
semua ni sebab budak ni menguji aku, mencabar aku tuk carik siapa dia
sebenarnya. Aku rasa jom kita melawat Anis dan tanya dia apa yang patut.” Ajak
Khai.
“Oioioi…kau pasti ke nak keluar dari perpustakaan ni?” Aril
menarik tangan Khai.
“Hurm…aku serah kan kat korang je la. Apa-apa hal nanti bagi
tahu aku.” Khai kembali duduk.
“Ah..tak ada kau kena ikut aku tak kira.” Ariff menarik Khai.
“Eh..aku..”Khai tak dapat berbuat apa apabila Ariff menarik
bahunya.
*******
“Apa…rogol!!!” separuh jerit Anis terkejut.
“Hurm…kenapa? Tak betul ke?” Arill bertanya melihat reaksi Anis.
“Korang ni itu cerita lama la. Aku dah maafkan dia. Aku tak ngam
ngan dia sebab dia marah aku tolak cinta dia…aku hanya anggap dia abang aku
mungkin sebab itu...tapi macam mana korang tahu akan hal ini..” Suraya yang
masih terkejut, hanya mendiamkan diri. Arill memandang Khai yang duduk
menyangkung memikirkan sesuatu.
“Kenapa..?” tanya Arill.
“Hal ini yang tahu aku dan dia sahaja.” jawab Anis perlahan.
“Tak kan sebab itu sahaja dia selalu buli kau?” Geliran Ariff
pula yang bertanya.
“Bukan pasal tuh…mungkin…aku tak tahu..”Anis seperti tertekan
menjawab soalan Ariff.
“Kau tahu siapa yang bawa kau ke bilik ni?” tanya Khai.
“Cikgu dan Suraya…kenapa?” Khai memandang Suraya yang duduk
disebelah Anis.
“Kau ada rasa dendam dengan Arman?”Ariff masih tak puas hati
mendengar jawapan gadis itu seperti menyelindungi sesuatu.
“Ta..tak…”jawab gadis itu sedikit gagap.
“Kenapa kau tolak cinta dia?. Tak kan hanya sebab kau anggap dia
macam abang?” tanya Khai. Gadis itu memandang lantai.
“Sebab aku…aku suka kat kau!” Khai terkejut. “Aku suka kat kau
sejak kali pertama aku masuk sekolah ni…kau pernah tolong aku carikan buku yang
aku tak jumpa dan kau pernah bagi aku panduan macam mana nak jadi pelajar
cemerlang kat sekolah ni dan Arman tahu aku suka kau mungkin sebab itu dia
selalu buli aku.” Jelas gadis itu. Arill, Ariff dan Dian memandang muka Khai
yang terkejut dengan luahan gadis itu.
“Eh…dah tuh kenapa pulak Arman mahu cari gaduh dengan aku?” Dian
bertanya perlahan. Arill tertawa melihat reaksi Dian.
“Kali pertama kau tolong aku, aku ingat kau adalah Khai sebab
muka korang lebih kurang sama aja. Mungkin disebabkan itu. Tapi bila korang
berdua duk kat depan aku ni baru aku tahu perbezaan korang hanya warna kulit
dan ketinggian dan lagi cermin mata.” Jelas Anis. Suraya hanya mengangguk
menyetujui kata-kata kawannya.
“Huh…banyak la beza muka diorang nih…”Balas Arill.
“Hurm…terima kasih sebab suka aku tapi aku tak boleh membalasnya
sebab…aku sudah bertunang sejak dari kecil. Aku sayangkan tunang aku.” Semua
terkejut mendengar kata-kata Khai.
“Aku pasti yang kau akan jumpa dengan seorang lelaki yang baik
satu hari nanti…tak bukan sebagai tanda terima kasih sebab pernah suka aku akan
temukan seorang lelaki yang terbaik tuk awak hari ini jugak.” Arill dan Ariff
tersenyum mendengar kata-kata Khai.
“Aku pelik kenapa seorang gadis macam kau tidak berdendam dengan
seorang lelaki yang ada niat untuk merogol kau.” Anis terdiam.
“Aku tahu kau suka kat dia juga kan.” Anis memandang lantai.
“Sebab itu kau mudah maafkan dia…tapi kalau kau nak tahu hal
sebenarnya Arman bukan mahu merogol kau tapi dia adalah penyalamat kau masa
tuh. Kalau kau tak percaya cuba kau tengok kat lengan dia ada sesuatu
disebabkan nak menyalamatkan kau. Dia membuli kau supaya kau sebab dia mahu ka
uterus membenci dirinya sedangkan dia tersiksa. Dia ingin bergaduh dengan
aku..hurm..tak bukan…tapi Dian sebab dia nak nanti Dian jaga kau. Apa yang aku
tahu dia tak dapat hidup lama dah. Hanya dua bulan.” Anis menangis mendengar
kata-kata Khai.
“Buat masa ni baik kau hargai dia. Segala kepahitan dia telan
hanya sebab nak kau bahagia..dan tadi bukan cikgu yang hantar kau ke sini tapi
dia yang mendukung kau ke sini.” Khai terdiam mendengar esakkan Anis.
“Betul tuh Anis…Arman yang hantar kau ke sini bukan
cikgu..maafkan aku..Arman yang minta aku rahsiakan dari kau.” Suraya bersuara
akhirnya.
“Aku tahu kau juga suka kan dia bukan tapi kau ego tak mahu
mengaku. Lebih baik kau pergi kepadanya sekarang.” Anis bangun dan terus
berlari ke luar dari bilik sakit itu
sambil menangis mencari Arman.
“Arman, aku suka kau!!” Arman yang sedang tidur dalam kelasnya
terkejut melihat Anis yang berdiri tegak di depan mejanya.
“Aku suka kau…” Arman tersenyum. Sambil mengangguk.
“Aku suka kau jugak.” Kata Arman perlahan.
“Jadi jangan mati, jangan tinggalkan aku.” Kata Anis setelah
melihat adanya kesan calar di lengan kiri Arman.
“Ha??!” Arman terkejut. “Apa yang kau cakap kan ni?” Arman
melihat Anis bertambah sebak.
“Jangan mati…”Anis terduduk sambil menangis.
“Hoi aku tak mati lah..”Arman memegang bahu Anis.
“Aku tahu kau hanya ada dua bulan tuk hidup.” Kata Anis sambil
tersedu.
“Hoi apa kau merepek ni..sapa kata macam tuh.” Arman
menggongcang tubuh gadis itu.
“Luka ini…disebabkan nak selamatkan aku kau hanya ada dua
bulan…”Anis masih tersedu.
“Hoi kau ni mengarut jer luka sikit ni tak kan meragut nyawa aku
lah..mengarut je kau ni!” Arman memandang kearah gelak tawa sekumpulan pelajar di
luar kelasnya.
“Jahat kau Khai…kalau ye pun jangan la kata macam tuh.” Arill
tertawa mendengar penjelasan Khai.
“Kita kalau nak tipu kena buat muka serius tahu.” Khai masih menahan perutnya yang sakit
disebabkan gelaktawa yang berdekah-dekah melihat drama dalam kelas 4A itu.
“Tu lah aku pun terkejut..tak kan luka tuh boleh menyebabkan
kematian..” Ariff turut tertawa melihat Arill dan Khai yang tak henti-henti
tertawa.
“Aku pulak tertipu dengan tuning dia tuh.” Dian tertawa juga
apabila memikirkan apa yang berlaku tadi.
“Hei kalau aku tak buat macam tuh mana kita tahu yang Anis tuh
memang betul-betul suka kat dia ni.” Khai menunjuk kearah Arman yang tersenyum
tegak berdiri di depan pintu kelasnya.
“Oh…korang punya kerja rupanya. Aku tak mati lah. Kejam sungguh
kata tinggal dua bulan.” Kata Arman sambil memandang Anis yang dah berdiri
disebelahnya.
“Jahatnya korang.”Anis masih menangis.
“Khai terima kasih..semua terima kasih..dan sampai kan terima
kasih aku kat ketua korang.” Arman tersenyum sambil menyapu airmata gadis itu.
“Kan dah kantoi..tu lah ego sangat.” Kata Arman sambil tersenyum
kepada gadis itu.
“O.k. take care girl tuh ye.” Kata Arill dan Ariff serentak
sambil mengekori Khai dan Dian yang sudah pun berjalan ke kelas.
“Korang aku nak ke perpustakaan…maaf aku tak dapat masuk kelas
dengan korang. Dian…”Khai menghulurkan tangannya. Dian berjabat tangan dengan
Khai.
“Selamat datang.” Kata Khai.