Jumaat, 21 September 2012

Dream High Club -part 1-

seperti yang lala janji kan lala masuk kan cerita nih..hehehe hope korang enjoy...!!

DREAM HIGH CLUB



PART 1
MANNIS!

Petang itu, air hujan sudah mula merintik-rintik menyebabkan Arman terpaksa berteduh dibawah pondok bas yang lama dan kecil itu, dia menyandarkan basikalnya di tiang pondok itu. Dia menepuk-nepuk beg sekolahnya yang terkena air hujan sambil melihat air hujun yang semakin lebat membasahi jalan di depannya, tiba-tiba matanya terpaku kearah seorang budak perempuan yang berlari anak menuju kearah pondok yang mana dia sedang berteduh. Lama dia merenung gadis itu, seketika kemudian dia terus baringkan tubuhnya ditempat duduk.
“Maaf tempat dah penuh.”katanya lalu menutupkan mukanya dengan topi. Gadis itu memandangnya dengan wajah yang sayu. Arman bingkas bangun apabila tidak mendengar sebarang tindak balas daripada gadis itu, namun gadis itu sudah tiada di pondok itu seraya itu juga dia mencari bayangan gadis itu dan dia melihat gadis itu berjalan dalam hujan yang makin lebat itu. Timbul rasa bersalah dalam hati Arman namun akhirnya dia tersenyum.

***

“Oi..jaga-jaga!” Anis terjatuh ke belakang apabila sebiji bola menyinggah tepat ke mukanya. Dia memandang dua tiga orang kawannya yang tertawa melihatnya.
“Sory-sory..”Anis melihat senyuman sinis Arman yang mengucapkan kata maaf yang tak berapa ikhlas itu. Dia tahu Arman sengaja membaling bola itu kepadanya. Arman terkedu apabila melihat air mata Anis yang berlinangan di kelopak matanya jatuh ke pipinya dan serentak itu juga Anis bingkas bangun dan berlari cuba meninggalkan padang itu namun Dian telah menarik tangannya dan menatap muka gadis itu. Seminit kemudian dia mengeluarkan sehelai sapu tangan dari poket seluarnya lalu dilapnya pipi gadis itu.
Anis yang terkesima dengan perbuatan Dian hanya mampu mendiamkan diri manakala Arman pula terdiam dan di dalam hatinya tiba-tiba muncul satu perasaan tidak pasti.
“Ok. Dah tak apa-apa dah.” Dian tersenyum sambil mencubit pipi gadis itu. “Dah jom kita main balik.” Kata Dian sambil mengambil bola ditangan Arman.
“Hei Anis, bangganya aku kalau jadi kau. Tuh Dian kan. Budak baru kelas sebelah yang pendiam tuh kan. Huh first time aku dengar dia bercakap, dengan kau pulak tuh.” Kata Suraya sambil memeluk bahu Anis. Anis hanya tersenyum manis sambil melihat kawan baiknya itu.
“Ah, cemburunya aku!” Suraya masih tidak berpuas hati melihat reaksi kawannya itu. Seketika kemudian dia juga tertawa melihat senyuman kawannya itu.
“Macam ni lah kawan aku.” Suraya mencubit pipi mulus Anis. Kekadang dia juga merasa marah dengan sikap Arman dan rakan-rakan lain yang selalu membuli Anis tanpa sebab.
Tanpa mereka sedar Arman merenung tajam melihat senyuman gadis itu.

**

“Oi!” Arman menyepak perlahan kerusi Dian. Namun tidak sedikit pun Dian mengangkat kepalanya untuk melihat orang yang menyepak kerusinya itu. Arman melihat dua tiga orang pelajar 4H memandangnya lalu dia menyepak meja Dian pula.
“Hei, Arman kan, Kelas 4A. Kenapa ni, datang ke kelas kitorang tak bagi salam terus sepak kerusi meja ni?. Kalau nak gaduh jangan dalam kelas ni.” Ariff  Ketua Kelas 4H yang duduk dihadapan Dian menjongket kaki kerusinya kebelakang sambil mendongak memandang Arman sambil tersenyum. Seraya itu juga, Farok kawan Arman menarik koler baju Ariff sambil tangan kirinya menggemgam penumbuk ditunjukkan ke wajah Ariff.
“Oh, kidal.” Ariff tersenyum. Tiada sedikit pun gentar pada reaksinya itu.
“Oioi…jangan gaduh dalam kelas ni. Lihat lah keadaan pun kalau nak gaduh. Kalau guru disiplin datang korang lah yang bersalah sebab ini kan kelas kitorang bukan kelas korang.” Arill kembar Ariff yang duduk di meja sebelahnya bersuara sambil mata nya tidak lari daripada buku yang dibacanya sejak tadi. Melihat Arill, Farok melepaskan tangannya perlahan daripada koler baju Ariff.
‘Bijak gak budak ni.’ Muzir tersenyum mendengar kata-kata Arill. “Sudah lah Arman.” Muzir bersuara akhirnya. Arman menendang meja Dian sekali lagi tapi kali ini dengan kuatnya menyebabkan Ariff bangun menolak bahu Arman. Arman datang kearah Ariff dan terus menarik tali lehernya dan tanpa dia sedar kayu pembaris panjang Arill sudah pun menyinggah hampir mengena batang lehernya. Farok dan Muzir terkejut dan tak sempat berbuat apa-apa.
“Petang ni kat padang permainan Taman Anggerik.” Arill dan Ariff berkata serentak.
“O.k.” Arman melepaskan tali leher Ariff perlahan. Ariff dan Arill tersenyum sinis sambil menoleh kearah Muzir dan Farok.

***

“Oioioi…apsal bawak kayu besbol ni?” Arill dan Ariff bertanya serentak.
“Ah, buat-buat tanya pulak!” marah Farok.
“Korang nak gaduh ke?” Arill dan Ariff bertanya lagi.
“Dah tuh korang ingat apa?!” nada Farok bertambah tinggi. Mata Arman tak lepas daripada memandang Dian yang memandang kiri dan kanannya.
“Ramai kumpulan kau. Lemah ke atau takut sampai bawak budak perempuan sekali?” tanya Muzir.
“Betul ke nak gaduh ni?.” Dian memandang Arill dan Ariff. “Bukan ke korang ajak aku bincang pasal kertas matametik ni kan tadi?” Ariff mengetuk kepalanya sendiri sambil mengeluh lalu dia pun membisikkan sesuatu ke telinga Dian.
“Apa?. Bila masa pulak diorang datang?. Aku tak perasan pun.” Kata-kata Dian mengejutkan Arman dan kawan-kawannya.
“Oi, macam mana kau nak perasan kau kan tido mati time diorang datang tadi.” Arill bersuara lantang. “Hurmm..sekarang ni pulak kita salah faham ke atau diorang yang salah faham ni?” Arill merungut seorang dirinya.
“Hei, korang nak gaduh ke tak ni?.” Muzir bertanya selepas memerhati mata Arman yang tak lepas daripada muka Dian.
“Hahaha…gaduh?. Berbalik balik pada soalan kau tadi. Apsal kitorang punya team ramai sekali, lemah atau takut sampai bawak budak perempuan sekali kan, sebab ini.” Ariff menunjukkan sebiji bola.
“Buat apa bola tuh?.” Tanya Farok hairan.
“Soalan kau tuh ada sedikit pelik. Diorang ni kata kat aku tadi yang korang datang ke kelas aku sepak meja aku time aku tido sebab tak berpuas hati kalah dalam main bola pagi tadi, jadi diorang ajak korang lawan kat sini sekali lagi tapi kenapa korang cakap pasal ‘gaduh’ pulak ni?.” Kata Dian sambil menumpang dagunya.
Arman memandang Arill dan Ariff yang tersenyum sinis, dia sedar yang dia sudah dipermainkan oleh adik-beradik kembar itu.
“Budak baru.” Arman menunding jarinya ke arah Dian dengan wajah yang serius.
“Ha, ye saya!” Kata Dian tiba-tiba apabila Arman menunjuk kearahnya.
“Oioioi…Dian ini bukan dalam kelas.” Tegur Arill.
“Kau berangan lagi ya!”Kata Ariff sambil tertawa diikuti Arill dan Dian sendiri.
Arman dan kawan-kawannya berlalu tanpa menghiraukan mereka bertiga.
“Hoi, korang kata ada game, mana?.” Tanya seorang pelajar.
“Yelah. Tak ada pun.” Kata seorang lagi.
“Game hari ni batal sebab diorang tak cukup orang hehehe!”Kata Arill dan Ariff serentak sambil tertawa.

******

“Dian kau memang selalu bawak bekal ke sekolah ke?” Ariff memandang bekal ditangan Dian.
“A’ah..kenapa? sekolah ni tak boleh bawak bekal ke?” Dian memandang bekalnya.
“Eh tak lah. Cuma jarang dah orang nak bawak bekal-bekal ni. Mak kau masak ke?” Ariff bertanya lagi sambil melihat kiri dan kanan untuk melihat mana-mana tempat kosong di kantin sekolah itu.
“Aku masak sendiri.” Dian menunjuk kearah satu meja kosong di hujung sudut kantin.
“Biar betol!” Ariff  tidak percaya.
“Apa yang tidak betol?” tanya Arill yang baru sampai sambil membawa sepinggan nasi goring dan secawan air sirap.
“Kau tahu Dian buat bekal sendiri.” Jelas Ariff.
“Hahaha..tak percaya aku.” Kata Arill sambil duduk di kerusi sebelah Ariff.
“La..tak percaya pulak..nak rasa?” kata Dian sambil membuka bekalnya.
“Boleh ke?” jawab Ariff dan Arill serentak. Dian menolak menunjukkan bekalnya sambil meanggukkan  kepalanya. Aril mengambil sudu yang dihulur Dian kemudian dia menjamah sesudu bekal Dian dan tiba-tiba dia diam.
“Eh..tak sedap ke?” Dian meminta reaksi dari Arill tapi budak itu hanya diam. Melihat reaksi Arill, Ariff mencuba sesudu juga dan dia juga terdiam. Dia memandang Arill.
“Dian nah kau makan nasi kitorang ni ye.” Kata mereka serentak.
“Eh..apsal pulak?” Dian cuba merampas kembali bekalnya.
“Bekal kau ni sedap lah. Bagi la kat kitorang.” Melihat reaksi pasangan kembar tuh Dian akur sahaja.
“Ha makanlah. Korang ni makan kongsi-kongsi ni cukup ke?” Dian memandang pasangan kembar itu sambil menjamah nasi goring yang dibeli Arill tadi.
“Itulah nikmat..cukup tau..”Jawab Ariff. Arill hanya mengangguk menyetujui kata-kata kembarnya.
“Hurm…ye lah tuh.” Balas Dian sambil memandang kearah seorang budak perempuan yang menjaga air di kuanter kantin itu.
“Apsal kau pandang budak tu?”tanya Ariff.
“Dia comel kan?” tanya Arill. Dian hanya mengangguk.
Gang….!!!               
Arill, Ariff dan Dian serentak memandang kearah beberapa orang pelajar yang mengerumuni seorang pelajar yang jatuh pengsan.
“Anis..Anis…bangun lah..!” dengar suara itu Ariff dan Arill berlari ingin tahu manakala Dian hanya berjalan perlahan sambil memerhati beberapa pelajar yang berteriak memanggil cikgu.
“Bangun Anis..bangun!”Muka Arman tampak cemas sambil memangku kepala Anis manakala Suraya sudah menangis melihat keadaan Anis.
“Hoi relax la!” seorang budak lelaki memakai cermin mata mengeluarkan sehelai sapu tangan dan menyapu darah yang mengalir di dahi Anis. “Dia tak apa-apa cuma luka sikit jer.” Sambung budak itu.
“Tapi darah banyak keluar ni?” Arman memandang budak lelaki itu.
“Darah dia tak banyak yang keluar yang banyak itu adalah air sirap yang tumpah kat dahi dia..” kemudian budak itu bangun sambil memandang sekeliling.
“Jangan risau dia cuma pengsan sebab penat sangat.” Budak itu memandang Dian kemudian dia berlalu pergi.
“Oioioi…” Arill berlari mengejar budak lelaki itu diikuti Ariff tetapi tidak Dian.
“Arman, bawa Anis ke bilik sakit.” Muzir mengarah Arman. Arman akur dengan arahan kawannya itu. Walaupun waktu itu dia bingung bagaimana budak yang tak pernah keluar daripada perpustakaan itu boleh berada di kantin. Arman mendukung Anis yang turut dibantu Suraya ke bilik sakit.

***          
                             
“Buat apa korang ajak aku ke perpustakaan ni?” tanya Dian sambil memandang dua tiga pelajar yang sedang membaca buku.
“Nanti kau tahu.” Kata Ariff.
Tiba-tiba Arill dan Ariff berhenti di sebuah meja yang mana terdapat seorang pelajar memakai cermin mata duduk di situ. Dian memandang budak itu yang hanya memandang bukunya tanpa mempedulikan kehadiran mereka.
“Oi..” sapa Arill.Budak hanya mendiamkan diri. Arill tersenyum terus duduk disebelah budak itu sambil memandang Ariff yang telah lama duduk dihadapan budak itu. Ariff memandang Dian yang masih berdiri kemudian dia menarik tangan Dian supaya duduk diseblehnya. Dian mengambil sebiji buku dihadapan budak it uterus duduk sambil membaca buku itu.
‘Ah…budak ini kenapa baca kamus pulak..’ Dian merungut dalam hatinya,terasa menyesal dia mengapai buku itu sambil melirik ke muka budak dihadapannya yang tersenyum sinis. Nampaknya budak itu tidak focus dalam bacaannya tapi sengaja buat-buat focus. Dian mengagak keadaan budak itu.
“Dian, ini Khai. Budak sekelas kita jugak tapi tak pernah nak masuk kelas kecuali time exam je.” Arill memulakan bicara.
“Dia ni duduk kat meja kosong kat sebelah meja kau tuh.” Sambung Ariff.
“Ohh…saya Dian. Budak baru.” Dian menghulurkan tangannya. Namun budak itu hanya balas dengan senyuman sinis. Dian menarik tangannya kembali.
“Oioi…tak sopan buat macam tuh.” Arill menarilk telinga Khai.
“Sakit lah.” Arill tertawa melihat Khai menggosok telinganya yang merah ditarik olehnya.
“Korang nak apa datang sini lagi?” Khai mengambil kamus ditangan Dian.
“Aku nak tanya kau dah dapat maklumat yang kitorang nak tuh?” Arill meletakkan lengannya ke bahu Khai.
“Oh, pasal tuh..jap..kau boleh tak jangan terlalu mesra ngan aku..aku ni musuh kau tau!” Khai menolak lengan Arill. Arill hanya tertawa melihat reaksi Khai.
“Si Anis ngan Arman tuh pernah jadi kawan sepermainan sejak dari kecil tapi hubungan diorang renggang disebabkan pernah cuba nak merogol dia.” Khai memandang reaksi Arill dan dua orang yang duduk didepannya.
“Me..ro..gol…”Ariff dan Dian berpandangan sesama sendiri.
“Hei…kau biar betul ni. Mustahil budak tuh nak buat macam tuh.” Khai hanya mengangguk perlahan mengiyakan kata-kata Arill.
“Aku tak percaya. Memang lah nampak Arman tuh macam budak jahat tapi..” Dian teragak-agak untuk meneruskan kata-katanya.
“Tapi aku pun tak percaya sebab cuba kau tengok tadi betapa budak tuh take care akan si Anis tuh.” Ariff memandang Khai. “Dan kau macam mana kau boleh berada kat situ bukan kau tak boleh keluar dari sini ke?” Khai menunduk mendengar pertanyaan Ariff.
“Dah tuh kalau aku lapar pun aku kena tahan gak ke?” Khai membalas soalan Ariff dengan persoalan darinya balik.
“Oh..jadi kau kat sana hanyalah sebab kebetulan kau laparlah.” Arill tertawa sendiri diikuti Ariff.
“Ye lah..dah tuh korang ingat apa?” Khai membuka kamus yang diambilnya dari Dian tadi.
“La kenapa tak cakap. Nanti lain kali makan la ngan kitorang, kita kan rakan sekelas.” Arill kembali meletakkan lengannya ke bahu Khai.
“Aku ni musuh kau!” Khai mengepit leher Arill.
“Aduh..aduh sakit lah!” Arill cuba melepaskan diri.
“Syuhhhhh!” seorang pelajar perempuan yang duduk di kerusi yang membelakangkan Dian dan Ariff memberi mereka isyarat menyuruh mereka diam.
“Ah..ma..af…”terkedu Ariff dan Dian apabila melihat budak perempuan itu merebahkan kepalanya ke meja terus tidur selepas memberi isyarat diam. Khai mejelirkan lidahnya kearah budak perempuan itu sambil melepaskan leher Arill.
“Tak payah heran. Budak tuh memang selalu datang sini semata-mata tuk tidur je. Aku sendiri tak tahu dia dari kelas mana.” Jelas Khai sambil mencari sesuatu dalam kamus didepannya.
“Oioioi…macam mana kau nak tahu dia tuh dari kelas mana, kau sendiri pun tak pernah ke kelas.” Perli Arill sambil mencebik kearah Khai.
“Aku ada sebab kenapa tak boleh ke kelas bukan saja-saja. Hurm..kembali kepada topik tadi. Sebenarnya ada salah faham. Masa tuh Anis balik dari sekolah tapi ada orang yang culik dia nak rogol dia tapi Arman yang ternampak cuba nak selamatkan Anis tapi Anis yang pengsan menyangka Arman yang nak rogol dia.” Jelas Khai.
“Eh, mana kau tahu hal ni?” Ariff membuat reaksi pelik.
“Nah…”Khai menunjukkan sekeping kertas yang di jumpai daripada kamus.

Lebih baik kau ke kantin hari ni….ada peristiwa yang menarik pasti kau berminat…^_^
c
“Wah..sapa bagi kau ni?” tanya Arill.
“Aku pun tak tahu. Aku ingat dia ni.” Khai memuncungan mulutnya kearah Dian.
“Tapi aku tahu bukan dia sebab dia baru jer masuk sekolah ni. Tentang kisah yang aku tahu ni, aku pun pelik masa korang tanya aku hari tuh, aku pun try la cari maklumat diorang ni, tapi bila balik sekolah aku dapat surat dari mak. Mak aku cakap ada kawan sekolah yang bagi, aku pelik sapa bagi. Nah sebagai bukti.” Khai menunjukkan sekeping surat. Arill membuka dan membaca isi surat itu.


Salam.. ^_^
Aku dengar citer kau ngah mencari maklumat tentang Arman dan Anis budak kelas 4A kan. >_<
Maklumat yang kau dapat tuh tak cukup lengkap lagi kan. =_=
Kau pasti dia  nak ro gol dak uh?????
@_@
Aku adalah saksi kejadian… ^_^
Percaya atau tak ikut suka lah…yang penting aku dah bagi tahu.. +_+
Aku akan bagi klu tuk tolong kau..
“c pnyelmt mnjadi mgsa keadaan.”
Hurm..berbaik-baik lah ngan 2 orang kembar dan seorang yang bakal masuk kelas kau nanti.. 
Bye2 Khai…  !_!
c

“Wah macam mana dia tahu pasal kitorang pasti akan tanya kat kau dan macam mana dia tahu kau tengah cari maklumat ni?” Arill bertanya pelik.

“Jangan tanya aku. Aku sendiri tak tahu, yang pasti ia daripada orang yang sama dan aku dapat surat ni sebelum Dian masuk sekolah ni lagi.” Jelas Khai.
“Ye siapa dia ye. Macam mana dia tahu tentang aku sedangkan aku tak masuk lagi.”Dian termenung memikir siapa gerangan penulis surat itu.
“Ariff apsal ngan kau nih?. Masih tak puas hati lagi ngan surat tu?” tanya Arill sambil melihat Ariff yang merenung surat itu.
“Khai bagi aku  nota yang kau dapat tadi.” Khai menghulurkan nota yang dia dapat tadi kepada Ariff. “Jap-jap…cuba korang tengok ni.” Ariff mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

Kau harus mencari seseorang yang akan bantu kau… ^_^
Klu
Perpustakaan-tengah2-sekelas-pelik-
Gud luck
C

“Ah..baru aku ingat pagi tadi aku pun aku dapat arahan.” Arill mencari sesuatu dari dalam poket seluarnya begitu juga Dian.

Kebenaran ada di kantin! ^_^
C

“Ini.. aku dapat ini bawah meja aku.” Dian menghulurkan nota yang dia dapat.

Marah sebab tak kenal aku?
Aku ada disana…opss di kantin…^_^
c

“Maksudnya kita semua dapat nota dari orang yang sama yang menyuruh kita ke kantin pagi nih.”  Ariff  membelek-belek nota didepannya satu persatu.
“Kejap…hoi…aku nak tanya korang satu soalan…korang just dapat nota ni jer ke?” Khai memandang satu-persatu muka dimejanya.
“Masa aku balik sekolah hari pertama aku kat sekolah ni aku ada dapat nota yang berterbangan kearah aku tapi nota tuh aku buang sebab aku ingat sampah.” Khai terkejut mendengar kata-kata Dian.
“Dia tulis apa?” Khai beria ingin tahu.
“Dia tulis aku mahu kau jadi kawan aku..bantu aku..aku akan hantar kan klu.” Dian menjawab perlahan.
“Aku dan Arill dapat ni.” Ariff menghulurkan satu nota.

Salam..Hai si kembar yang lurus… ^_^
Aku nak minta tolong boleh…jaga si lembap dan si pemarah tuk aku..
Bila si kembar lurus dah jumpa si pemarah dan si diam ajak lah diorang jadi partner kumpulan High Dream Club yer..
Pas tuh tolong selesai kan masalah si hilang ingatan dan si penyalamat yang kesian.
Bila dah selasai nanti aku si pemberi maklumat akan kenalkan diri aku..
Bye2…^_^..        

“Wah..maksudnya aku si pemarah..!! bila aku kenal dia ni aku akan cekik-cekik dia.” marah  Khai selepas memandang Dian yang hanya diam.
“Alah…memang sesuai pun..”Perli Arill sambil mencebik kearah Khai.
“Jadi sekarang?” Dian bertanya.
“Aku tak setuju tuk berkumpulan ngan korang. Aku hanya buat semua ni sebab budak ni menguji aku, mencabar aku tuk carik siapa dia sebenarnya. Aku rasa jom kita melawat Anis dan tanya dia apa yang patut.” Ajak Khai.
“Oioioi…kau pasti ke nak keluar dari perpustakaan ni?” Aril menarik tangan Khai.
“Hurm…aku serah kan kat korang je la. Apa-apa hal nanti bagi tahu aku.” Khai kembali duduk.
“Ah..tak ada kau kena ikut aku tak kira.” Ariff menarik Khai.
“Eh..aku..”Khai tak dapat berbuat apa apabila Ariff menarik bahunya.

*******

“Apa…rogol!!!” separuh jerit Anis terkejut.
“Hurm…kenapa? Tak betul ke?” Arill bertanya melihat reaksi Anis.
“Korang ni itu cerita lama la. Aku dah maafkan dia. Aku tak ngam ngan dia sebab dia marah aku tolak cinta dia…aku hanya anggap dia abang aku mungkin sebab itu...tapi macam mana korang tahu akan hal ini..” Suraya yang masih terkejut, hanya mendiamkan diri. Arill memandang Khai yang duduk menyangkung memikirkan sesuatu.
“Kenapa..?” tanya Arill.
“Hal ini yang tahu aku dan dia sahaja.” jawab Anis perlahan.
“Tak kan sebab itu sahaja dia selalu buli kau?” Geliran Ariff pula yang bertanya.
“Bukan pasal tuh…mungkin…aku tak tahu..”Anis seperti tertekan menjawab soalan Ariff.
“Kau tahu siapa yang bawa kau ke bilik ni?” tanya Khai.
“Cikgu dan Suraya…kenapa?” Khai memandang Suraya yang duduk disebelah Anis.
“Kau ada rasa dendam dengan Arman?”Ariff masih tak puas hati mendengar jawapan gadis itu seperti menyelindungi sesuatu.
“Ta..tak…”jawab gadis itu sedikit gagap.
“Kenapa kau tolak cinta dia?. Tak kan hanya sebab kau anggap dia macam abang?” tanya Khai. Gadis itu memandang lantai.
“Sebab aku…aku suka kat kau!” Khai terkejut. “Aku suka kat kau sejak kali pertama aku masuk sekolah ni…kau pernah tolong aku carikan buku yang aku tak jumpa dan kau pernah bagi aku panduan macam mana nak jadi pelajar cemerlang kat sekolah ni dan Arman tahu aku suka kau mungkin sebab itu dia selalu buli aku.” Jelas gadis itu. Arill, Ariff dan Dian memandang muka Khai yang terkejut dengan luahan gadis itu.
“Eh…dah tuh kenapa pulak Arman mahu cari gaduh dengan aku?” Dian bertanya perlahan. Arill tertawa melihat reaksi Dian.
“Kali pertama kau tolong aku, aku ingat kau adalah Khai sebab muka korang lebih kurang sama aja. Mungkin disebabkan itu. Tapi bila korang berdua duk kat depan aku ni baru aku tahu perbezaan korang hanya warna kulit dan ketinggian dan lagi cermin mata.” Jelas Anis. Suraya hanya mengangguk menyetujui kata-kata kawannya.
“Huh…banyak la beza muka diorang nih…”Balas Arill.
“Hurm…terima kasih sebab suka aku tapi aku tak boleh membalasnya sebab…aku sudah bertunang sejak dari kecil. Aku sayangkan tunang aku.” Semua terkejut mendengar kata-kata Khai.
“Aku pasti yang kau akan jumpa dengan seorang lelaki yang baik satu hari nanti…tak bukan sebagai tanda terima kasih sebab pernah suka aku akan temukan seorang lelaki yang terbaik tuk awak hari ini jugak.” Arill dan Ariff tersenyum mendengar kata-kata Khai.
“Aku pelik kenapa seorang gadis macam kau tidak berdendam dengan seorang lelaki yang ada niat untuk merogol kau.”  Anis terdiam.
“Aku tahu kau suka kat dia juga kan.” Anis memandang lantai.
“Sebab itu kau mudah maafkan dia…tapi kalau kau nak tahu hal sebenarnya Arman bukan mahu merogol kau tapi dia adalah penyalamat kau masa tuh. Kalau kau tak percaya cuba kau tengok kat lengan dia ada sesuatu disebabkan nak menyalamatkan kau. Dia membuli kau supaya kau sebab dia mahu ka uterus membenci dirinya sedangkan dia tersiksa. Dia ingin bergaduh dengan aku..hurm..tak bukan…tapi Dian sebab dia nak nanti Dian jaga kau. Apa yang aku tahu dia tak dapat hidup lama dah. Hanya dua bulan.” Anis menangis mendengar kata-kata Khai.
“Buat masa ni baik kau hargai dia. Segala kepahitan dia telan hanya sebab nak kau bahagia..dan tadi bukan cikgu yang hantar kau ke sini tapi dia yang mendukung kau ke sini.” Khai terdiam mendengar esakkan Anis.
“Betul tuh Anis…Arman yang hantar kau ke sini bukan cikgu..maafkan aku..Arman yang minta aku rahsiakan dari kau.” Suraya bersuara akhirnya.
“Aku tahu kau juga suka kan dia bukan tapi kau ego tak mahu mengaku. Lebih baik kau pergi kepadanya sekarang.” Anis bangun dan terus berlari ke luar  dari bilik sakit itu sambil menangis mencari Arman.

“Arman, aku suka kau!!” Arman yang sedang tidur dalam kelasnya terkejut melihat Anis yang berdiri tegak di depan mejanya.
“Aku suka kau…” Arman tersenyum. Sambil mengangguk.
“Aku suka kau jugak.” Kata Arman perlahan.
“Jadi jangan mati, jangan tinggalkan aku.” Kata Anis setelah melihat adanya kesan calar di lengan kiri Arman.
“Ha??!” Arman terkejut. “Apa yang kau cakap kan ni?” Arman melihat Anis bertambah sebak.
“Jangan mati…”Anis terduduk sambil menangis.
“Hoi aku tak mati lah..”Arman memegang bahu Anis.
“Aku tahu kau hanya ada dua bulan tuk hidup.” Kata Anis sambil tersedu.
“Hoi apa kau merepek ni..sapa kata macam tuh.” Arman menggongcang tubuh gadis itu.
“Luka ini…disebabkan nak selamatkan aku kau hanya ada dua bulan…”Anis masih tersedu.
“Hoi kau ni mengarut jer luka sikit ni tak kan meragut nyawa aku lah..mengarut je kau ni!” Arman memandang kearah gelak tawa sekumpulan pelajar di luar kelasnya.
“Jahat kau Khai…kalau ye pun jangan la kata macam tuh.” Arill tertawa mendengar penjelasan Khai.
“Kita kalau nak tipu kena buat muka serius tahu.”  Khai masih menahan perutnya yang sakit disebabkan gelaktawa yang berdekah-dekah melihat drama dalam kelas 4A itu.
“Tu lah aku pun terkejut..tak kan luka tuh boleh menyebabkan kematian..” Ariff turut tertawa melihat Arill dan Khai yang tak henti-henti tertawa.
“Aku pulak tertipu dengan tuning dia tuh.” Dian tertawa juga apabila memikirkan apa yang berlaku tadi.
“Hei kalau aku tak buat macam tuh mana kita tahu yang Anis tuh memang betul-betul suka kat dia ni.” Khai menunjuk kearah Arman yang tersenyum tegak berdiri di depan pintu kelasnya.

“Oh…korang punya kerja rupanya. Aku tak mati lah. Kejam sungguh kata tinggal dua bulan.” Kata Arman sambil memandang Anis yang dah berdiri disebelahnya.
“Jahatnya korang.”Anis masih menangis.
“Khai terima kasih..semua terima kasih..dan sampai kan terima kasih aku kat ketua korang.” Arman tersenyum sambil menyapu airmata gadis itu.
“Kan dah kantoi..tu lah ego sangat.” Kata Arman sambil tersenyum kepada gadis itu.

“O.k. take care girl tuh ye.” Kata Arill dan Ariff serentak sambil mengekori Khai dan Dian yang sudah pun berjalan ke kelas.

“Korang aku nak ke perpustakaan…maaf aku tak dapat masuk kelas dengan korang. Dian…”Khai menghulurkan tangannya. Dian berjabat tangan dengan Khai.
“Selamat datang.” Kata Khai.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan